SEREMBAN: Seorang lelaki warga Singapura maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di susur masuk Seremban/Port Dickson, kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, kejadian pada jam lebih kurang 1.20 petang itu mengakibatkan mangsa tersepit sebelum disahkan maut di lokasi.
"Mangsa berusia 24 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera dikatakan dari arah Johor Bharu dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh penghadang di kanan bahu jalan menyebabkannya tersepit di dalam kereta.
"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan paramedik mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di lokasi," katanya.
Tambah beliau, mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) bagi prosedur bedah siasat.
"Peronda Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) membuat kawalan lalu lintas di lokasi kemalangan dan hanya lorong kecemasan serta lorong masuk susur Plaza Tol Port Dickson Utara ditutup sementara kerja mengalihkan kenderaan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan ketika ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan di susur masuk Seremban/Port Dickson, kilometer 259, Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah utara pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Lelaki warga Singapura maut kereta terbabas
Mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera dikatakan dari arah Johor Bharu dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh penghadang di kanan bahu jalan.
'Culik' diri sendiri untuk dapatkan wang daripada keluarga
Taktik seorang lelaki yang ingin mendapatkan wang daripada anggota keluarga dengan cara merancang penculikannya sendiri terbongkar apabila polis berjaya menahan 12 suspek lain yang turut terlibat. Ke